Jenis-jenis Neraka Dan Azabnya

Assalamualaikum semua~


Alam neraka mempunyai pelbagai nama dan pelbagai tahap kesukarannya. Terdapat 7 jenis neraka iaitu:

Neraka Jahannam
Ia adalah neraka di tingkat paling atas. Firman Allah SWT : "Katakanlah kepada orang kafir itu, kamu pasti akan dikalahkan dan dihimpunkan ke dalam neraka Jahannam, dan itulah tempat yang seburuk-buruknya." (Ali-Imran: 12)

Neraka Lazha
Lazha bermaksud api yang membesar dan menyala-nyala. Allah SWT berfirman : "Sebab itu Kami berikan khabar menakutkan kamu dengan neraka Lazha (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya selain orang yang celaka iaitu orang yang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (Al-Lail: 14-16)

Neraka Huthamah
Golongan yang akan ditempatkan di dalam neraka ini ialah golongan yang lali daripada mengerjakan perintah Allah SWT dan yang terpengaruh dengan harta dunia.

Neraka Sair
Antara golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka ini ialah golongan yang memakan harta anak yatim.

Neraka Saqru atau Saqar
Golongan yang akan ditempatkan di dalam neraka ini ialah golongan yang tidak mengerjakan solat, yang bakhil terhadap orang yang miskin dan yang memerlukan serta orang orang yang tidak percaya berlakunya hari akhirat.

Neraka Jahim
Antara golongan yang akan dimasukkan ke dalam neraka ini adalah orang yang mendustakan agama, mereka yang melakukan sesuatu yang dilarang Allah SWT seperti minum ark, berzina dan lain-lain kesalahan. Firman Allah : " Peganglah dia kemudian seretlah dia ke tengah-tengah neraka Jahim, kemudian tuangkanlah di atas kepalanya seksaan dari air yang amat panas...." (Ad-Dukhan: 47-48)

Neraka Haawiyah
Ia dianggap sebagai neraka yang paling bawah. Allah SWT berfirman : " Dan sesiapa yang ringan timbangan amalannya, maka dia akan dilemparkan ke dalam nerakan Haawiyah. Tahukan apa itu neraka Haawiyah? Iaitu api yang sangat panas..." (Al-Qariah: 8-11)


copyright [tieha] ismail ©

8 orang ngomel-ngomel:

gedek! said...

serammm...

Anak Wak Mail said...

harap2 saya tak masuk kedalam salah satu neraka ni..neraka yang paling bawah pon sangat panas..tak mampu..mari kita sama2 bertaubat..=)

mykhalis said...

semuanya Khalis takmoh!!

Mr feckry said...

terbaik la

tieha ismail said...

@gedek!

serammm dan sangat menakutkan~

tieha ismail said...

@anak wak mail

tau tape...kalo neraka yang paling bawah pun dah sangat panas, inikan plak yg paling atas tu...huhuhuhu

tieha ismail said...

@khalis

heeee semua orang pon tamo, khalis...semua org takut...

tieha ismail said...

@ mr feckry

yes !